Monday, 27 May 2013

to be honest..

all i ever wanted is to reach out and touch another human being, not with my limbs, but with my heart.

-_-

balik rumah..sorang-sorang lagi.

sunyi.

i just need someone. to kill this loneliness. 

Saturday, 25 May 2013

reminiscing.

i miss you.

although its hard for me to admit it, i miss being loved by you.

Sunday, 19 May 2013

bits & pieces of my weekend

weekend yang penuh dengan wedding related activities.

a trip to ipoh for a wedding, continued with an after party for that. yes. partay in yeee-poh.
semalam bachelor party for a friend at the pool ampang.
awesome place, awesome peeps.

sumpah penat.

so i chose to spend my sunday on bed, watching the voice UK.

dan malam ni, see you in KL live, for The Used concert.

ciao.


Sunday, 12 May 2013

midnight ramblings

rokok ke tujuh untuk malam ini.
janji tidur awal tidak ditepati.
besok pagi,
mata bengkak macam zombi.

stress.

otak banyak fikir.
padahal benda remeh.
biasalah, perangai aku memang suka overthink. suka exaggerate masalah kecil.
mungkin juga sebab panas.
peluh, peluh peluh.

berbogel pun tidak membantu. sebab ni panas lain macam.
adakah suda tiba masanya untuk aku pasang aircond?
tapi poket masih tipis untuk itu.

takpelah. tidur bogel lagi dan lagi lah.


peringatan

stop giving son of adam opportunities to play with your heart and ruin your life.

just phuck it

pisang berbuah dua kali.

and again im the bad person.

phuck this shit.

Monday, 29 April 2013

updates

left my hometown with a bitter heart.
sabbatical leave is over bij. time to face the working life.

im ampang bound ya'll.

Tuesday, 23 April 2013

food for thought

i used to love tea,
but im crazy about milo now.

people's preferences change over time.
and we, cannot predict it.

Saturday, 20 April 2013

2.58 (21.04.13)

"janganlah jadi orang yang easily influenced by others" kata-kata untuk diri sendiri.


Friday, 19 April 2013

4/20

on another note,

bangun pagi WeChat penuh dengan audio messages from 'em homeboys.

"Its 4.20 ya'll"

"Ladies & Gentleman, lets smoke"

"yeah yeah happy 4.20"

dan diselangi dengan gelak ketawa.

20th April.

ganja lovers around the world, bersatu, & show their love & appreciation to the holy herbs.
aku?
tiada fresh holy herbs untuk aku. jadi semalam tiada blunt untuk aku roll.
cuma sebatang cannabis lollipop menjadi peneman. kesian.

apa-apa pun, roll your blunt, twist at the end, take a puff, and pass to a friend.

happy international pot smoking day,earthlings.

sabtuday

hari enam.

9.01 am.
aku tengah sibuk tengok zirafah di Discovery Channel.

"first time tengok kau bangun awal" ujar abah.

yea yea. point taken.thanks abah. tapi abah pun, bagi chance lah orang enjoy sabbatical leave to the fullest.bukan selalu.

sebenarnya, aku tengah sedih.
emak baru ciao.tu aku bangun awal, sebab nak peluk and bye-bye emak.plan aku untuk bye-bye emak sampai emak hilang dari pandangan.
tapi ada adik aku dalam kereta. jadi aku EGO. jadi aku wave 3x lepas tu masuk rumah, duduk diam-diam bersedih.
 sekarang ini emak otw to the airport.
sumpah aku sedih.

emak, take care okay. semoga perjalanan emak diberkati.
i miss you already, emak.


Friday, 12 April 2013

feraiday

ingatkan life's here would be diff.
ended up in a bar with my uncle & my awesome cousins, drank half a bottle of red wine.
im tipsy now.

playlist #1

song for today.



perfect.

sing me this on my wedding day.

crazy about cekodok

you know how to win my heart?

feed me cekodok pisang, or any pisang related food, i'll be yours forever.

ciao. 
im going to M's house in a bit.
we're gonna have cekodok pisang party cos M's mom make the best cekodok pisang.


spaghetti

janji aku dengan diri sendiri, to be a better daughter.

emak masak harini. spaghetti.
dalam senyum, mulut aku terliur, sebab dua hari lepas, aku kempunan lepas tengok jamie oliver masak pasta.
penuh tamak, aku ambik semangkuk.
lagi penuh rasa tamak, aku sumbat di mulat.
hurm...kurang rasa. mungkin sebab emak puasa?
aku cuba habiskan, sebab aku nak jadi anak yang baik.
tambah sikit garam, untuk menambah perisa.
but, i just cnt..finish it.

emak turun, nampak mangkuk separuh penuh dengan spaghetti.
"tak sedap ke?"

aku diam. sebab aku tak nak jawab tak sedap. aku juga tak nak tipu emak dgn menjawab sedap.
"ahh tak sedap lah tu".ujar emak lagi.

aku laju-laju jawab,
"tak lah, kenyang".

terus kena marah. emak cakap kalau tak sedap kenapa ambik banyak.
 "budak-budak sekarang memang suka buang makanan"

hehe. takpelah. aku tak kisah emak marah. aku lagi tak sampai hati nak cakap spaghetti emak masak kurang rasa.


03.05.13

2013.

ASOT600 future music festival.
best moment ever. happiest, me.

3 May ni.
my big day.
would i be as happy as i was during ASOT?

haha. i doubt it.




bucket list aku, bukan kau

"One should try everything once, except incest and folk dancing"
Arnold Bax (1883-1953) British Composer, Farewell to My Youth.

therefore, 
threesome,shall be next in my bucket list.

calon-calon?

of girlfriends

bangun pagi,
ada 5 whatsapp messages, from my friend, Nur.
cerita pasal kesedihan dia pasal this guy (who she's been obsessing about) buat taik dengan dia.
usually,being a good listener/girlfriend, aku akan bagi comforting words, i.e

"takpe, just give him time"
"things will get better"
"maybe he's busy?"

you know, good comforting words.

hari ini aku reply benda lain.

one sentence,

JUST MOVE ON ALREADY.

bukan berniat jahat atau apa, cuma aku dah penat tengok perempuan menghambakan diri sendiri emotionally,untuk worthless guy.

plus, i used to slave myself too, emotionally & physically, for worthless guy(s).
And i wasnt proud of it.

time to move on, girlfriend.








Thursday, 11 April 2013

se.cret(s)

secret itu rahsia.

rahsia hidup, pegang sampai mati. 
orang kata biar pecah di perut, jangan pecah di mulut,
banyak sudah rahsia yang pecah di perut.
syukur belum ada pecah di mulut.

cuba untuk kekalkan begitu.
kerna pasti tidak enak jika rahsia hidup, sudah tidak menjadi rahsia.
simpan lagi semua rahsia itu untuk seribu tahun akan datang.

selamat malam.

kuala lumpur, aku rindu

thousand miles away from concrete jungle.

aku rindu KL traffic.
aku rindu the city never sleeps.
aku rindu katil aku.
kereta aku.
aku rindu pergi kerja. pelik, tapi benar.

lagi rindu, petang-petang macam ni, masa untuk happy hour.
drinking foamy, gassy, cold beer. laughing out loud to our stupid conversations. cuci mata tengok manusia yang physically perfect.
i miss that.

okay. emak buat agar-agar sirap untuk minum petang.
mari happy hour dengan agar-agar emak.

orgasmic music

pasal music, aku universal listener.

tiada spesifik genre. kenapa perlu kongkong diri pada satu kalau pelbagai yang ada.
kau browse playlist aku, serious rojak.

dari Tame Impala, ke The Smiths. satu dua lagu Celine Dion. Norah Jones. Adik Bieber pun ada. and Sasha Fierce Beyonce my girl.
aku layan lagu melayu rock kapak zaman 90's macam Spring, Budak Kaca Mata segala. tu lagu wajib karok kot. ya fun fact pasal aku, Kaki Karok nak mati.
colleague aku seorang British, smirked bila aku ajak-ajak ayam dia join karok since he was there while we were planning our monthly karok session.
aku tak kecik hati dia smirked. sebab bagi aku dia rugi. tak layan satu nikmat hidup.

aku dah terlari topic.

kenapa cerita pasal music?

sebab aku rasa aku perlu berkongsi cinta aku pada Kimbra. super talented, telinga aku orgasm dek suaranya.

mari orgasm bersama, yuk.

apologize to your lungs, woman

emak tanya aku, "kau merokok?"
aku diam.
otak ligat berfikir, come clean atau tambah dosa dengan menipu.

emak sambung, " si anu cakap nampak gambar kau di facebook pegang rokok."
bengang. sebab kenapa si anu ni mak joyah betul. bukan aku bakar duit mak bapak dia.

pasal bengang, aku come clean. aku bagitahu emak aku merokok.

emak diam. (bila aku cerita insiden ini pada teman rapat, dia bilang emak takde point untuk marah, sebab nanti umpama ketam ajar si anak berjalan lurus. kenapa? sebab emak perokok tegar dari zaman perawan )

bila emak diam, aku pun diam lah.

total silence.

krik krik. 

then emak cakap, " cuba lah stop".

Full stop. thats the end of our conversation.
okay. lets take a break, with abang marlboro. 
to my lungs, minta maaf, i just couldnt help it. 

Miss Con. Con-Fused

sejujurnya, ada masa sisters of eve intrigues me.
sexually.

tertarik pada kecantikan mereka.
yes, their beauty.
rambutnya.gayanya.
and their body curves.

serious aku suka.

kadang-kadang aku pujuk diri. sudah-sudahlah taksub dengan mereka si kaum hawa. bukan aku anti-gay. cuma, aku rasa aku perlu pujuk diri, untuk cuba dari ke arah itu.

tapi cinta aku untuk kaum lelaki masih tebal.
i still love penises just like i love my coffee.

so, kita tunggu lah apa pengakhirannya.



new leaf?

menulis bukan untuk berkongsi.
sekadar merekod kisah hidup.
archive of my life.

jadi kalau kalau satu hari nanti hidup terlalu sedih,
boleh kenang kembali detik-detik gembira.
dan vice versa.

kenapa tidak mencoret saja di akaun lama?
yang tiga tahun dipenuhi hundreds of my stories. thousands millions of my words.

tiada explanation di situ.
cuma rasa macam mahu benda baru.

medium baru. lembaran baru.
selamat tinggal, tiga tahun memori lama.

New ones...

one word, WELCOME.




Wednesday, 10 April 2013

sumpah, it was a whole new world

curiosity.
aku bereksperimen sebab aku curious.
orang cakap curiosity killed the cat.
kinda agree with that saying. cuma aku harap aku bukan the cat that was killed.

zaman aku berjinak dengan liquor, aku set drugs would be off limit.
lepas tu aku jumpa mary jane. orang panggil holy herbs. terus aku cakap, other than mary jane would be off limits.
pernah dengar orang cakap never say never?

aku minta maaf dengan diri. sebab aku langgar principle hidup sendiri. aku cuba MDMA. dan aku jatuh cinta. (entri seterusnya akan aku cerita pasal my experience with MDMA)

macam mana tak jatuh cinta kalau the experience was so awesome, as if i was on a magic carpet ride with Aladdin. aku pernah terbaca, yang kononnya lagu A whole new world dari cerita Aladdin tu was composed by someone yang was high on drugs.

terus aku pun cuba baca lah lirik lagu tu. 90% aku setuju.




we are not born sinners, but we become sinners

religions. 
ada yang tuhannya jesus
ada yang tuhannya Allah
Hinduism? 36, 000,004 Gods. yes, i googled that.

agama aku, Tuhan yang Esa.
born and bred, Islam.

aku percaya tuhan yang satu.
aku percaya syurga neraka, malaikat, para nabi.
aku percaya aku perlu berpuasa di bulan Ramadhan, dan sembahyang 5 waktu itu perkara wajib.

tapi...
aku masih buat perkara yang orang kata, itu semua major sins in Islam.

faham dan tahu itu dosa.
tapi aku macam couldnt care less. kau tahu perasaan takut, tapi kau nak buat juga.

entahlah. serious aku tak tahu.



try to walk a mile in her shoes

aku kesian dengan emak.
bapak bukan nak cakap dengan dia. sepuluh patah kata sehari, itu miracle.
 bersayang-sayang, jauh sekali.
emak bukan muda. makin hari makin tua.
hidup berseorangan. 
aku jauh. tinggal, kerja semua di seberang.

aku balik kampung. sebulan.
tiap hari, kerja aku perhatikan rutin hidup emak. 
bangun pagi, subuh. masak untuk adik. telan ubat. ubat darah tinggi, ubat cholestrol. semua jenis ubat.
kemudian, bercerita dengan rakan-rakan alam maya. tak pun main bejewelled. lepas tu tersengih bila dapat score tinggi sambil berkata, Yes, Yes.
sambung tengok tv lagi. penat tv, on laptop lagi.
rutin sama setiap hari.
keluar jalan-jalan? kereta emak, bapak jual. bapak janji nanti beli baru. sudah 2013, janji masih tak ditepati.

aku selalu complain aku lonely.
tapi pernah tak aku bayangkan betapa lonely nya emak?

kalau aku lonely, aku call rakan-rakan. pergi lepak bar. tengok wayang. pergi concert. lepak mamak.
emak lonely? dia tidur. dia bangun dia nak buat apa?
duit tak banyak.

aku yakin emak tak pernah imagine, yang satu hari nanti, hidup dia akan jadi begini. 

sungguh, aku kesian dengan emak.
tapi aku selalu jahat dengan emak.
sorry, emak.

tuhan, kau tolong bagi kebahagiaan untuk emak aku, dunia dan akhirat.
tuhan, satu lagi, lembutkan hati aku. jangan bagi aku jadi anak derhaka. 
bagi aku kekuatan dan ability untuk buat emak happy. sentiasa.